Hee. Hai semua. Hari ni takde nak cerita apa. Cuma, nak cerita pasal supplementary exam UiTM, yang I rasa most of people akan tertanya-tanya apa benda Supplementary Exam or, apa benefit ambil exam ni. Dan I percaya yang orang-orang yang tetiba terbaca pasal post I ni mostly student yang kantoi masa last paper diorang kat final exam kan. hee. dont worry. harapan korang nak grad on time is still there!
bila laa nak pakai jubah graduan ni kan. Takpe, masih boleh!
Supplementary exam ni apa?
Ok, supplementary exam (only applicable in UiTM) ni exam yang diduduki oleh pelajar semester akhir yang tetiba terkantoi di tengah jalan. Ingat! Hanya pelajar SEMESTER AKHIR yang scheduled to be graduated on time tapi tiba-tiba masa final exam ni diorang sangkut satu or dua paper. This is happening guys! So tak payah pelik la kannn. Sebab tu la supplementary exam ni dicipta oleh UiTM, so that those who failed on their final exam is given second chance! Thank you UiTM (:
Exam paper apa yang student ni ambil?
Ok, exam yang diorang boleh ambil adalah exam yang diorang tak pass masa final exam tu la. Paper yang diorang boleh ambil MAYBE is up to 3 papers only. Grade maximum yang students ni boleh dapat (tak kisah macam mana bagusnya diorang ni jawab masa supplementary exam tu) adalah C. Means just lulus je laa. Tak fair la pulak untuk student lain yang pass kan kalau student-student yang jawab supplementary exam ni dapat A sebab mostly soalan Supplementary exam ni disenangkan sikit. Tapi masih ikut format final exam. Dan jangan pulak underestimate soalan-soalan ni, sebab kita tak tau kan, level senang dan susah is depend on the students tu sendiri. kita cakap susah, dia cakap senang. So my advice is, study la betul-betul kalau terpaksa ambil supp exam ni sebab, ada juga kes yang mana student tu failed eventhough dah ambil supp exam ni.
Fees?
Of course la ada. I do not really sure for diploma students, tapi kalau untuk level degree, korang kena bayar sebanyak RM100. Tu la I cakap, rugi kalau failed paper ni. Kebaikannya, kalau pass korang boleh grad on time, and kalau disadvantage pulak, korang tak repair banyak mana pun korang punya CGPA/GPA sebab maximum grade untuk exam yang korang ambil pun cuma C kan.
Oh ya, untuk you all yang dah ambil supplementary exam pada August/Ogos 2013 hari tu, boleh semak result kat email and portal pada 29 September 2013. Good luck. I doakan korang semua dapat grad and success in future. Amin. :)
P/S hey, kalau dengar radio je dah boleh dapat hadiah, how good isn't it! Hahah. Visit here if nak cuba! Mana tau, nasib kita ada Alhamdulillahhhh. Happy trying :)