Feedback Pembeli

Friday, 20 September 2013

Supplementary Exam UiTM dan Result

Hee. Hai semua. Hari ni takde nak cerita apa. Cuma, nak cerita pasal supplementary exam UiTM, yang I rasa most of people akan tertanya-tanya apa benda Supplementary Exam or, apa benefit ambil exam ni. Dan I percaya yang orang-orang yang tetiba terbaca pasal post I ni mostly student yang kantoi masa last paper diorang kat final exam kan. hee. dont worry. harapan korang nak grad on time is still there!


bila laa nak pakai jubah graduan ni kan. Takpe, masih boleh!

Supplementary exam ni apa?

Ok, supplementary exam (only applicable in UiTM) ni exam yang diduduki oleh pelajar semester akhir yang tetiba terkantoi di tengah jalan. Ingat! Hanya pelajar SEMESTER AKHIR yang scheduled to be graduated on time tapi tiba-tiba masa final exam ni diorang sangkut satu or dua paper. This is happening guys! So tak payah pelik la kannn. Sebab tu la supplementary exam ni dicipta oleh UiTM, so that those who failed on their final exam is given second chance! Thank you UiTM (:

Exam paper apa yang student ni ambil?

Ok, exam yang diorang boleh ambil adalah exam yang diorang tak pass masa final exam tu la. Paper yang diorang boleh ambil MAYBE is up to 3 papers only. Grade maximum yang students ni boleh dapat (tak kisah macam mana bagusnya diorang ni jawab masa supplementary exam tu) adalah C. Means just lulus je laa. Tak fair la pulak untuk student lain yang pass kan kalau student-student yang jawab supplementary exam ni dapat A sebab mostly soalan Supplementary exam ni disenangkan sikit. Tapi masih ikut format final exam. Dan jangan pulak underestimate soalan-soalan ni, sebab kita tak tau kan, level senang dan susah is depend on the students tu sendiri. kita cakap susah, dia cakap senang. So my advice is, study la betul-betul kalau terpaksa ambil supp exam ni sebab, ada juga kes yang mana student tu failed eventhough dah ambil supp exam ni.

Fees?

Of course la ada. I do not really sure for diploma students, tapi kalau untuk level degree, korang kena bayar sebanyak RM100. Tu la I cakap, rugi kalau failed paper ni. Kebaikannya, kalau pass korang boleh grad on time, and kalau disadvantage pulak, korang tak repair banyak mana pun korang punya CGPA/GPA sebab maximum grade untuk exam yang korang ambil pun cuma C kan.

Oh ya, untuk you all yang dah ambil supplementary exam pada August/Ogos 2013 hari tu, boleh semak result kat email and portal pada 29 September 2013. Good luck. I doakan korang semua dapat grad and success in future. Amin. :)

P/S hey, kalau dengar radio je dah boleh dapat hadiah, how good isn't it! Hahah. Visit here if nak cuba! Mana tau, nasib kita ada Alhamdulillahhhh. Happy trying :)

23 comments:

  1. Pyka dtg sggah n follow sini . ;)

    ReplyDelete
  2. Salam, sata nak tanya kalau supp paper ni boleh amik 3 paper tak? which is satu core subject, and lagi dua subject biasa. please help me :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends la, macam supp paper ni sebenarnya untuk paper semester akhir sahaja. lepas tu, ramai ke tak orang ambil paper tu baru dia buka untuk. tapi untuk 3 paper, i am not really sure. pernah dgr kes ambil 2 paper. tapi untuk 3 paper better u confirm dgn coordinater program u,

      Delete
  3. salam, nak bertanya sikit. saya pelajar sem 1 and failed one subject. tapi kata kawan kena ambil supp exam kalau ikutkan notice di student portal. betul ke dia untuk pelajar sem akhir saja?

    ReplyDelete
  4. adik, supp paper ni untuk pelajar sem akhir saja untuk grad on time, biasanya yang baru sem 1 ni, kena amik short course kan masa cuti semester. tapi dah takde kanshort kos ni. hmm, tak tau pulak kalau uitm ada keluar notis kat student portal. better tanya kat uitm sendiri. i tak sure.

    ReplyDelete
  5. makna nya kalau da buat sub exam ni tp failed lagi TERPAKSA extend sem ke ?? i tak pernah repeat apa pun , ni first time failed masa semester last , da la one subject je takan i nak dok uitm utk one subject kalau kena extend , wuaaa sedih nya :((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes that is why kena struggle study bila ada chances ambil supp paper

      Delete
  6. Replies
    1. Yang ni kena follow up website uitm. Tapi ada rumours kata paper ni mungkin akan ditiadakan lagi

      Delete
  7. Kalau sem akhir tu hanya praktikal training dan academic writing macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya pun tak sure. Selalunya untuk paper last sem. Tapi kalau training tak sure cane tu

      Delete
  8. Salam. Yuran utk paper ni kena byr bila? And byr pda siapa ye?

    ReplyDelete
  9. salam, mcm mana nak tau tarikh utk exam paper supp ni ye? And byr pd siapa?

    ReplyDelete
  10. salam,saya baru dpt result semester akhir hari ini utk diploma .mcm mana ya prosedure utk saya ambil supp paper ini? boleh jelaskan utk saya? saya nk grad on time :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Basicly u need to follow up dengan uitm bila dia punya tarikh supp exam. And, bila bayar yuran supp exam ni. Kena selalu check dalam uitm website.

      Delete
    2. Basicly u need to follow up dengan uitm bila dia punya tarikh supp exam. And, bila bayar yuran supp exam ni. Kena selalu check dalam uitm website.

      Delete
  11. salam,saya baru dpt result semester akhir hari ini utk diploma .mcm mana ya prosedure utk saya ambil supp paper ini? boleh jelaskan utk saya? saya nk grad on time :(

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Anyone know how long will the registration last?

    ReplyDelete
  14. Salam.... Nak tanye, result supp exam ni akn keluar distudent portal or melalui email? Adakah keputusan dikeluarkan macam final exam? Tq

    ReplyDelete
  15. Salam,macam mana pula prosedur kalau kita carry paper? Boleh ke ambil supp paper? Ada kaedah lain tak?

    ReplyDelete